Degree in Sports Science & Physical Education ada yang berminat ke ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

          APA ITI SAINS SUKAN?

"Sains sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal. Jadi, bidang ini merangkumi kinesiologi, biomekanik, anatomi dan fisiologi, dan lain-lain topik seperti pemakanan, pengurusan sukan, sosiologi, dan psikologi dalam sains sukan. Sains sukan bukanlah satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya ditingkatkan prestasinya. Sebaliknya ia membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan semasa melakukan sesuatu sukan. Dalam erti kata lain, pendidikan jasmani adalah satu amalan untuk meningkatkan teknik kesukanan, manakala sains sukan adalah bertujuan menyampaikan ilmu tentang perkaitan badan dan sukan."





Seiring dengan kepesatan era globalisasi kini, tidak dinafikan peluang kerjaya dalam bidang sukan cukup meluas, malah turut mendapat permintaan tinggi dalam pasaran industri. Tapi ramai lagi generasi muda yang tidak tahu dan tidak tahu cara-cara atau haluan mana yang mereka harus pilih sejak dari sekolah lagi.. 
Semasa di Tingkatan 4 iaitu semasa peralihan antara menengah rendah kepada menengah ats, kebanyakan mereka memilih subjek aliran mengikut kehendak ibu bapa atau pengaruh rakan. Mereka seharusnya diberi pendedahan yang terperinci terhadap subjek yang bakal mereka pilih kerana dari situlah mereka boleh tetapkan matlamat mereka dan haluan kerjaya mereka kelak.

Berikut merupakan haluan kerjaya yang boleh dijadikan panduan bg mereka yang masih ragu-ragu tentang kerjaya dalam sains sukan :










RANCANGAN PENGAJIAN HARIAN BOLA JARING TINGKATAN 1

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : BOLA JARING TING 1 Tarikh : 24 Februari 2019                                                  ...