Pendidikan luar telah bermula seawall peradaban manusia (Neil,2002). Secara amnya ia didefinisikan sebagai sebarang aktiviti atau program yang berasaskan pendidikan yang dijalankan di luar bilik darjah bagi men capai pembangunan insan yang seimbang selaras dengan Faslsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Proses pembelajaran dalam pendidikan luar boleh dilaksanakan menerusi pelbagai kaedah pembelajaran.
Penggunaan kaedah yang teratur dan sistematik mampu memberikan kesan pembelajaran yang maksimum kepada pelajar. Konsep ‘cuba jaya’ seringkali diaplikasikan samada dalam kehidupan seharian atau proses pembelajaran dalam pendidikan luar.
Kajian menunjukkan proses pembelajaran individu akan menjadi lebih baik sekiranya mereka terlibat secara aktif (Webb,2006). Pembelajaran berasaskan pengalaman adalah suatu proses pembelajaran menerusi refleksi perlakuan. Berdasarkan kaedah ini segala bentuk pengalaman yang dilalui dan dialami oleh individu atau pelajar dipindahkan dalam bentuk pengetahuan.
Justerun itu, satu Perkhemahan Akhir telah dijalankan bagi memenuhi kriteria subjek Pendidikan Luar. Antara kesan perkhemahan Pendidikan Luar terhadap pembentukan sahsiah dan sosial diri sebagai seorang pelajar UPSI antaranya ialah berkaitan perkembangan diri.
Kem Pendidikan Luar tersebut dapat meningkatkan perkembangan diri seorang pelajar terutamanya tentang peningkatan kemahiran hidup individu dan keupayaan dalam menghadapi cabaran hidup moden.
Kem tersebut memberi peluang kepda pelajar mempelajari kemahiran-kemahiran alam sekitar dan ‘adventure’..
Contohnya, kemahiran berkaitan ikatan atau simpulan tali. Kemahiran ini jarang digunakan dalam kehidupan moden seharian tetapi sangat berguna untuk kehidupan di alam luar. Setiap simpulan atau ikatan mempunyai cara dan tujuan nye berbeza dan seharusnya dipraktikkan sebagai nilai tambah dalam diri seorang pelajar. Ianya boleh menjadi matlamat kepada pelajar untuk mengalami hidup di alam luar.
Selain itu, melalui belbagai aktiviti yang terancang semasa kem tersebut dijalankan, kualiti diri dan sikap sosial individu dapat ditanam dan dipupuk dengan percaya kepada diri dan sifat berani. Ini dapat dibuktikan semasa aktiviti tali dimana semasa aktiviti tersebut dijalankan, sifat keberanian dan sifat percaya kepada diri sendiri sangat memainkan peranan. Jika kita tidak mencabar diri semasa melakukan aktiviti ini, sudah semestinya kita gagal dalam melakukan aktiviti tersebut.
Seterusnya, sifat tidak mudah putus asa dan disiplin diri, sebagai contohnya aktiviti kayak. Aktiviti ini sememangnya menyeronokan dan boleh menenangkan fikiran tetapi menjadi cabaran yang tinggi bagi peserta yang mudah diserang mabuk laut. Bagi peserta yang terlibat dalam berkayak, disiplin diri perlu di titik beratkan seperti memakai Life Jecket, berwisel dan menggunakan pakaian yang sesuai.
Kerjasama antara antara ahli kumpulan juga sangat penting. Tidak kira samada dalam kumpulan kecil atau kumpulan yang besar. Dengan sifat kerjasama juga kita dapat melicinkan pergerakan sesuatu aktiviti. Contohnya, sebelum aktiviti Kem akhir Pendidikan Luar dijalankan.
Terdapat beberapa aktiviti yang telah disusun dan dijadualkan akan dilakukan semasa kem tersebut, setiap aktiviti mahupun pengurusan telah diagihkan tugas masing-masing kepada semua pelajar. Sekiranya tiada sifat kerjasama dalam melaksanakan dan menyediakan semua keperluan tersebut, sudah semestinya kem akhir Pendidikan Luar tidak dapat dijalankan.
Oleh itu, jelaslah bahawa kem akhir pendidikan luar sangat membantu dalam pembentukan sahsiah diri serta sosial pelajar. Sebagai seorang generasi penerus dalam profesion perguruan, semua elemen-elemen tersebut sangat berguna dalam membentuk peribadi seorang guru yang berwibawa. Seorang guru haruslah mempunyai sifat yang dapat diteladani oleh semua anak didiknya kerana guru sering dijadikan sebagai ‘role model’. Sekiranya seorang guru tidak mempunyai sifat-sifat tersebut, maka kualiti seorang guru yang baik semakin kurang seterusnya membentuk generasi muda yang tidak berkualiti untuk generasi masa hadapan.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment